TOK MUDIM 2.0 KLINIK SRI BALUNG

TOK MUDIM 2.0 KLINIK SRI BALUNG
Untuk pengetahuan ibu ayah,
Berkhatan atau bersunat merupakan satu pembedahan kecil untuk membuang lebihan kulit di kemaluan lelaki. Kebiasaannya dilakukan atas dasar keagamaan atau kesihatan atau kebersihan.

Sunat menggunakan laser amat popular bermula dari tahun 2000-an sehingga sekarang. Ia melibatkan satu alat yang dipanggil sebagai cautery, di mana cautery ini akan menghasilkan haba pada hujung alat yang digunakan untuk memotong lebihan kulit dan sekaligus menghentikan darah sewaktu proses pemotongan.

Ini menjadikan proses khatan tersebut lebih cepat dan lebih bersih kerana kurang risiko pendarahan. Selepas kulit itu dipotong, baki kulit itu akan dijahit biasanya pada 4 sisi utama agar luka tersebut tidak terus berdarah dan akan memberikan hasil yang kemas.

Kelebihan Sunat Laser Dengan Klinik Sri Balung Tawau

Kami lebih mengesyorkan kepada ibu ayah untuk memilih melakukan teknik laser kerana kami mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam melakukan khatan dengan kaedah laser ini.
Untuk berkhatan, pakej harga yg kami tawarkan termasuklah:
-Prosedur berkhatan
-Ubat sebelum berkhatan
-Ubat selepas berkhatan
-Kelengkapan ‘dressing’ di rumah
-Sijil ADIWIRA
-PERCUMA dressing/konsultasi selepas bersunat

Caj Perkhidmatan :

    • Kanak Kanak Lelaki bawah 12 Tahun Rm200.00 ( Promo Cuti Sekolah hanya RM 180 sahaja )
    • Remaja ( Umur 13 tahun - 18 tahun ) Rm250.00
    • Dewasa ( Umur 20 tahun ke atas ) Rm500.00

              TERIMA KASIH        

              Kamalia Kamal

                Ketua Pegawai Operasi Klinik Sri Balung

                010 954 4930 / 010 956 4930

        Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

        Ruangan yang wajib diisi